BERITA

Formula 201052




Dato' Ahmad berbual dengan pelajar cemerlang SPM dan STPM yang mempelorehi imbuhan pada Pelancaran 201052 `Terengganu Anjung Ilmu' di Dewan Besar Wisma Darul Iman. - Gambar oleh ZULKIPLI PUTRA.

Oleh : ESAH BINTI ABDULLAH


Tiada jalan pintas untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran kecuali kerja keras yang digembleng ibu bapa, guru, pejabat pelajaran dan kerajaan bagi meletakkan Terengganu sebaris dengan  negeri-negeri lain.
“Selain menyediakan peruntukan, insentif  lain diberi untuk menjana kecemerlangan pendidikan di semua peringkat dari pendidikan prasekolah hingga ke peringkat pengajian tinggi.

Menteri Besar menekan butang merasmikan pelancaran Terengganu Anjung Ilmu.
 “Kemiskinan bukan lagi alasan untuk ibu bapa tidak menghantar anak-anak ke sekolah dan mereka yang tinggal di kampung atau di bandar diberi layanan dan bantuan sama rata dalam bidang pendidikan,” kata Menteri Besar,Dato’ Ahmad Said kepada pemberita selepas   Pelancaran 201052 di Dewan Besar, Wisma Daru Iman,Kuala Terengganu, hari ini (30 Mac).
Hadir sama, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang; Setiausaha Kerajaan, Dato’ Mazlan Ngah; Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pendidikan Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, YB Ahmad Razif Abdul Rahman dan Pengarah Pelajaran, Haji Ariffin Embong.
Katanya, seperti sebelum ini program Terengganu Anjung Ilmu telah dilancarkan dan hari ini satu lagi program iaitu 201052 khusus untuk kecemerlangan dalam peperiksaan awam yang ingin dicapai mulai tahun ini.
Dato’ Ahmad menjelaskan bahawa 201052 adalah tahap sasaran iaitu 20 peratus calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) mendapat semua A, 10 peratus bagi Penilaian Menengah Rendah (PMR) lima (5) peratus bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan dua (2)  peratus bagi Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) mendapat semua A dalam peperiksaan.

Para guru seluruh negeri Terengganu bersalaman sambil memberikan tepukan gemuruh kepada Menteri Besar sebaik tiba di Dewan Besar Wisma Darul Iman.
“Hasrat dan impian ini bukan suatu angan-angan yang tidak mungkin kita capai kerana kita telah berjaya membuktikan dalam peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM yang lalu,” katanya.
Katanya, kini kerajaan telah mewujudkan kelas maya dan peperiksaan secara `online’ serta 3,000 soalan untuk latih tubi sebagai ukuran kecerdasan pelajar Ttahun Lima dan Enam.
Kerajaan juga menyalurkan peruntukan RM2 juta setahun ke sekolah elit/premier dan membelanjakan RM372 juta melalui Yayasan Terengganu untuk pinjaman dan biasiswa anak-anak Terengganu. 
Sempena dengan pelancaran 201052, turut diadakan lintas langsung  pelajar-pelajar  di kelas maya dari 10 sekolah dalam daerah  Kuala Terengganu yang sedang membuat latih tubi dalam kelas masing-masing.
Unit Komunikasi negeri



Peperiksaan On Line Bagi Murid Tahun 6
Selasa 02 Mac 2010

Semua pelajar Tahun Enam akan menduduki peperiksaan bulanan secara 'on line' mulai pertengahan tahun ini, sebagai salah satu usaha Kerajaan Terengganu meningkatkan mutu bidang pendidikan di negeri ini.

Menteri Besar, Dato' Ahmad Said berkata, pihaknya dengan kerjasama pakar-pakar dalam pelbagai mata pelajaran menyediakan kira-kira 300,000 soalan untuk pelajar terbabit bagi membiasakan diri mereka dengan peperiksaan sebenar Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). "Pelajar ini akan memduduki peperiksaan bulanan secara 'on line' mengikut format UPSR dan kita berharap langkah ini akan meningkatkan keputusan UPSR bagi pelajar kita pada tahun ini" katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Tesdec dengan Intel Malaysia di Wisma Darul Iman hari ini (1 Mac). Melalui perjanjian itu, golongan pendidik di negeri ini dapat menggunakan saluran sesawang INTELTeach bagi memanfaatkan bahan-bahan dan sumber-sumber yang akan memberi kemudahan dan bantuan untuk mengajar.

Menteri Besar berkata, bagi tujuan tersebut 800 guru akan dihantar menjalani kursus di Tesdec bagi memahirkan mereka dengan Teknologi Maklumat, secara berperingkat-peringkat.

Dipetik dari :
Oleh : AIDA ABD RAHMAN
Unit Komunikasi Negeri Terengganu.